RIDE MEE UDANG

Konvoi Makan Mee Udang Hutan Paya Laut Matang

Karnival Motorsport di AutoCity

Berdua ke Juru

Konvoi Amal Aman Palestin

Hidup Palestin!

Aku dan Amy

Ride Mengiringi Amy Search ke Konsert Amal

Kawasaki Fun Carnival 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Aku...

Jumaat, 29 Julai 2011

TTS Makan Malam di Stadium Darul Aman

Selepas solat Maghrib, aku gerak ke Alor Star untuk TTS dengan beberapa Ninjarian dari Utara ni..Penang, Sungai Petani dan Jitra. Ramai juga yang sanggup turun malam ni..kes Abang Mail nak open table..menu SATE!

Aku kebetulan balik Perlis..moto Ninja plak masuk workshop. So, aku drive ke sana. Menggagau jugak aku cari kedai makan tu. Stadium dah sampai...tapi, stadium bukannya kicik..mau bertawaf aku. Dapat call Abang Mail..alhamdulillah, sampai jugak aku.

Semua bersandar lepas kenyang. Chip open topik spare part.

Jackal, Si Kacak, Mad@m dan Abang Mail (tuan rumah).

Panas enjin..dah nak balik.

Sempat belek ekzos.

 On the bike!

 
Snap ramai-ramai. Macam-macam pose.

Time ni jugak, kami ambil kesempatan untuk bermaafan dan ucap selamat berpuasa. Jutaan terima kasih untuk Abang Mail @ Cikgu Mail yang sudi open table. Semoga terus dimurahkan rezeki..insyaAllah. Aku sampai rumah dalam jam 1.00 pagi jugak lah. Selepas solat Isyak, Zzzzzz...

Jumaat, 22 Julai 2011

Konvoi Iring VIP ke Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2011

Jam 3.30 petang di Mega Fortune Prai, RV untuk program bersama DPMM Pulau Pinang, konvoi iring Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang di Dewan Millenium Kepala Batas. Lebih kurang dalam jam 3.15, aku dah sampai kat depan MF. Sebiji superbike pun takdak. MF pulak tutup. Takkan salah tempat kut. Aku pun confirm balik dengan Zul & Chip. Selang beberapa minit..beberapa bikers pun sampai termasuk dari Taiping. Disusuli Zul dan Chip (lambat sebab isi petrol). Aku ingatkan Chip ni tukar EO..dia last sampai kat RV.

Taklimat dari Marshal.

Chip baru sampai.

Konvoi ni just dipimpin oleh Marshal saja. Destinasi pertama adalah ke Matrikulasi Pulau Pinang, Pongsu Seribu, Kepala Batas kerana VIP ada program di sana. Pendaftaran dan penyerahan ‘jersi’ akan dilakukan di sana.

Sejuk motor...

Rehat sambil tunggu VIP habis program.

My Little Monster.

Sesi agih 'jersi'.

Kemudian, kami mengiringi VIP (VIP pun ride moto) ke Dewan Millenium untuk program seterusnya. Sampai sana, kami pekena bihun goreng dengan teh O panas kaw-kaw punya. Aku sempat ronda jap kat booth pameran, beli jeruk buah pala dan cermai. Menariklah jugak.

Ramainya.

Pilih yang mana nak.

Dah jadi motorshow.

BMW SRrrrrr...ribuu..Helmet legend!

Datuk dan Upin Ipin beramas mesra dengan para hadirin.

Akhirnya, dapat jugak shake hand dengan Ipin.

Jam 6.30 petang, aku dan Zul bertolak balik. Bikers yang lain iring VIP ke pulau..katanya Datuk nak pi restoran nelayan. Kat KL mana nak cari nelayan…hehehe.

Kami..Ninjarian di sisi BMW SRrrrrrrrrrrrrr..

Ahad, 10 Julai 2011

Tukar Mentol Lampu Hadapan (Low Beam)

Perkara baru yang aku belajar dan dapat jimat kos penyenggaraan iaitu tukar mentol lampu motor aku yang terbakor. Sumber 'inspirasi' aku untuk DIY ni adalah melalui forum Ninja dan juga video Youtube..Hehehe. Nampak cam senang ja..Hanya menggunakan tangan sahaja tanpa skru dan spanar.

Rujukan

 Getah pada lampu.

Mentol terbakar.

Mentol yang terbakar - Philips, Germany.

Mentol baru beli kat kedai alat ganti kereta.

Eh! Takdak la pulak Germany..Sebab Made in Korea kut.

Mentol baru. Ops! Jangan pegang kaca.

Masukkan mentol yang baru pada soket.

Sori, aku tak rakam macam mana aku seluk tangan aku dalam fairing bawah panel meter. Seluk aje...rasa ada wayar yang sambung ke lampu, ye lah tu. Harap video rujukan dalam Youtube tu sikit sebanyak dapat bantu untuk lebih clear. Yang penting, tak perlu berpeluh! Ahaks!

Tadaaa! Lampu doh nyaler! Save money.

ADS