RIDE MEE UDANG

Konvoi Makan Mee Udang Hutan Paya Laut Matang

Karnival Motorsport di AutoCity

Berdua ke Juru

Konvoi Amal Aman Palestin

Hidup Palestin!

Aku dan Amy

Ride Mengiringi Amy Search ke Konsert Amal

Kawasaki Fun Carnival 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Aku...

Sabtu, 25 Jun 2011

Sekitar Pinang Bike Week 2011

Aku, Azizi dan ZulTokeyubat..kami gerak dari Petronas Seberang Jaya (Sebelah Esso) lebih kurang jam 5.30. Rancangan petang ni adalah TTS + jumpa En. Mad di sebuah kedai nasi kandar yang datang bawa konvoi ke Penang Bike Week 2011. Sampai kat kedai tu, En. Mad dengan Prof Din dah menunggu. Borak lebih kurang dalam setengah jam, kami pun bergerak terus ke Penang Bike Week di tapak pesta Sungai Nibong. Ini adalah kali pertama aku hadir ke event ni. Jom tengok apa yang ada….

 Pelbagai variasi.

 Dapat yang putih ni pun jadi dah...

 Lawan snap gambar.

 Choop!!


Aku dapat info, lebih kurang 400 buah motor join charity ride pada sebelah pagi. Kemudian, sebelah malam, ada majlis makan malam dan cabutan bertuah.

 Tengok harga dulu.

Please do not sit. It's OK to touch.

It's OK to sit and touch. And lagi OK kalau beli terus.

Lepas azan Maghrib berkumandang di tapak pesta tu, aku dan Zul terus balik..singgah solat di Masjid Seberang Jaya, then terus balik rumah masing-masing. Azizi dan Anasyid (jumpa di tapak pesta) pula join makan malam kat sana.

 Alangkah bestnya kalau kunci moto ni boleh masuk kat moto bawah ni.


"Jom balik, dah nak Maghrib."

Kami dari Ninja250RMalaysia.

Sabtu, 4 Jun 2011

Kenduri Si Kacak

Dapat jemputan kenduri daripada Si Kacak a.k.a Anuar di Jitra, terus saja aku kata OK sebab boleh balik Perlis sekali..hehehe. Aku dan Zul Tokeyubat yang paling jauh hadir kenduri Anuar ni..rakan baru Ninja.

Aku dan Zul RV di Gurun dan akan ke Jitra untuk RV seterusnya. Petang tu dalam jam 3.00, hujan turun agak lebat. So, lepas hujan semakin reda..kami pun bertolak ke Jitra. Hafiz Langkawi akan tunggu kami di sana.

Sampai saja kat sana, hujan lebat pulak menyambut kami. Aku, Zul dan Hafiz terpaksa lepak dulu kat bawah jejantas sehingga cuaca kembali pulih. Kami dimaklumkan Mad Am akan hadir ke kenduri tu jugak. Sebelum hadir ke majlis tersebut yang dijangka bermula selepas Maghrib, kami minum dulu di Tasik Bandar Darul Aman ditemani rakan-rakan Blade dan FZ. 

Bersama rakan Blade dan FZ di Tasik Bandar Darul Aman
Tunggu punya tunggu, maka dah nak masuk Maghrib..kami pun bergerak ke rumah kenduri. Sampai saja kat sana,hidangan untuk majlis tersebut telah pun tersedia. Dah ada beberapa tetamu yang hadir. Mungkin orang tempatan kut.

Sebelum azan Maghrib berkumandang dan tetamu bertambah ramai, baik kami  makan dulu dengan izin tuan rumah. Lepas pekena nasi, pekena kueteow goreng pulak. Memang best lah!

Grup Ninja250rMalaysia yang hadir





Orang Perlis rupanya...
Saling berkenal-kenalan dan berkongsi citer
Tunggu pengantin Si Kacak


Untuk solat Maghrib, kami beramai-ramai menuju ke surau berdekatan untuk menunaikannya. Selepas selesai solat, kami lepak dulu di khemah kenduri sambil menunggu ketibaan pengantin dengan penuh kesabaran..hehehe. Aku dengan Zul tak boleh nak tunggu lama-lama, jauh nak balik.

Tunggu punya tunggu, pengantin pun tiba. Sekali aku dengan rakan Ninja yang lain terkejut sebab... Si Kacak ni tak sekecil seperti dalam avatar. Cess!! Mulai hari tu, kami dah tau siapa Si Kacak...Apa-apa pun, selamat pengantin baru untuk mereka berdua. Sori, gambor pengantin takdak..bukan tak snap tapi kualiti gambor kurang memuaskan. Si Kacak pun tak publish gambar kawin kat forum..hehehe.

Parking dengan penuh disiplin
Dari sudut lain
Dah nak balik

FZ convert (pandangan sisi)
FZ convert (pandangan hadapan)
Thanks to Hafiz, Mad Am dan Abam Amizan (tak ingat nama, sowi) dari grup Ninja yang sudi menyambut kami. Begitu juga kepada rakan Blade dan FZ. Nice to meet u all guys! Be a good bikez!

ADS