RIDE MEE UDANG

Konvoi Makan Mee Udang Hutan Paya Laut Matang

Karnival Motorsport di AutoCity

Berdua ke Juru

Konvoi Amal Aman Palestin

Hidup Palestin!

Aku dan Amy

Ride Mengiringi Amy Search ke Konsert Amal

Kawasaki Fun Carnival 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Aku...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kelajuan 120km/j!

Satu hari tu aku nak cuci air filter. So, aku buat sendiri ikut prosedur. Selepas belek-belek air filter yang tak kotor tu, aku pun masukkan semula. Keesokannya, aku ride ke mana entah, aku tak ingat..pulas throttle macam biasa..sekali full throttle hanya dapat 120km/j saja! Aku dah mula pelik, bukan buat apa-apa pun. Just buka air filter dan masukkan semula.
Aku dah mula fikir pasal EO Penzzoil yang aku pakai, Oil treatment yang aku duk tuang dalam tangki, ring tudung botol yang termasuk dalam tangki (hehehe..), ekzos custom buat hal pulak ka....bla..bla..bla..

Setelah buat kajian dan rujuk rakan-rakan di forum..aku pun hantar ke bengkel untuk verify problem ninja aku ni. Sekali aku hantar kat 2 buah bengkel yang berlainan..tukar plug, servis karburator, tukar stok ekzos balik, tuning, cek kabel coil, tukar air filter...still tak OK. Tinggal tak try tukar EO dan coil ja lagi. Aku kata pada diriku sendiri..tak boleh jadi ni. Dah berhabis RM250, masalah masih tinggal masalah.

Aku tak mau terburu-buru nak buat 2 benda yang aku belum buat tu. Mesti ada faktor lain...sebabnya, memang sebelum ni takdak apa-apa yang aku buat. Tak mungkin jadi drastik macam tu. RPM normal..cuma top saja hilang.
Langkah akhir yang aku ambil, bukak thread baru dalam forum..tanya mereka yang pakar dan ada experience tentang problem ni. Alhamdulillah, banyak feedback yang aku dapat.

Feedback yang telah menjadi jawapan penyelesaian kepada masalah ninja aku ni ialah...jeng jeng jeng...ada menda tersumbat kat lubang yang berhubung ke air filter tu...nak tau apa yang tersumbat...tengok gambor kat bawah ni haaa...tensen aku wei!!! Terbang camtu je RM250...Adusss!!!

Buka air filter dan cuba jolok dengan dawai ke laluan angin yang berhubung dengan air filter.

Korek dengan jari, sekali keluar mentol daa..mana datang daahhh? Ninja aku kena santau ke ni?

Kabel tie pun nak ada.

Pasang semula selepas yakin dah solve!

Alamak, menda alah ni terkurang..mana nak dapat?? Kalau tak, nak kena modify sendiri lerr..

Last sekali, credit to Abang Kirana!!! Cayalah..Terima kasih atas jalan penyelesaian yang diberi. Kalau tak, boleh jugak aku shopping kat kedai abam Kirana...

ADS