Sabtu, 12 Mac 2011

Ride Mee Udang

Ni event ride makan-makan sambil bersilaturrahim dengan Ninjarian dari Utara, Timur dan Barat..Selatan takdak kut..hehehe. Sorry, kut aku tak perasan. Dari Kulim, hanya aku dengan Athit saja. Ride RV di RnR Bukit Merah tunggu rakan-rakan lain yang RV di Juru.


Setelah sejam menunggu di RV Bukit Merah, dalam tengahari kami mula bergerak untuk RV seterus (RV terakhir) di Tol Changkat Jering.


Selepas exit Tol Changkat Jering, kami berkumpul dengan rakan-rakan lain yang dah tiba dari serata pelusuk Malaysia raya di sebuah kedai makan betul-betul lepas exit tol tersebut. Tapi, aku heran dengan Athit ni..Dia mati-mati ingat Ride Mee Udang tamat di situ ja sebab dia nampak ada menu Mee Udang. Dia punyalah rileks minum air sambil smoking (merokok membahayakan kesihatan). Orang lain dah nak cepat-cepat siap nak gerak ke tempat yang sepatutnya.

Out of the box!


So, dah setel bayar..Semua bersiap-siap gerak ke tempat yang dituju untuk menu Mee Udang. Tempoh perjalanan lebih kurang 20 minit kalau tak salah. Kalau suruh aku pi sekali lagi....confirm!! Aku tak tau!Hehehe..

 Suasana ketika menunggu Mee Udang tiba dan dihidang.

 Rider-rider yang berdisiplin sama ada ketika parking mahu pun dalam ride.

First time tengok moto baru Along Dareboy..Selamat tinggal GSX750.

'L' maksudnya 'Legend'.

 Udang di sebalik mee atau mee sebalik udang?

 Jemput makan para tetamu sekalian.

 Saujana memandang...

 Orang kuat Rainland, organizer untuk ride kali ni.

Ni pembuka selera ketika panas membara!

Selesai ja makan, kami ambil peluang ronda-ronda sekitar hutan rekreasi ni...Bila lagi nak round ya tak?

Arah mana satu yang dilarang masuk?

Aku ingatkan pendek ja track dia...nyesal aku..

 Siput ni kalau letak dalam karburator..insyaAllah akan memantapkan lagi motot kita.

Minyak daripada ikan ni mampu memberikan prestasi dan penjimatan yang terbaik bagi setiap liter petrol RON95.

Keindahan paya bakau.

Dah penat jalan-jalan, kami sempat bergambar ramai-ramai sebagai kenang-kenangan. Then, lokasi seterusnya ialah.... er..er..aku tak ingat. Yang aku ingat, memang mendaki bukit jugak la..

Gambar kenang-kenangan.

On your bike! Bersiap nak gerak.

Tunggang dengan berhemah dan patuh pada arahan.

Lokasi seterusnya juga ialah tempat rekreasi air terjun ..sungai...what ever lah! Gambirnya ada di bawah ni. Kat sini, aku tak mandi-manda pun. Langit pun dah mendung ja bila kami sampai.

Indahnya....

Seronok, seronok jugak. Solat jangan tinggal.

Selesai ja solat, hujan pun mula turun..dan semakin lebat. Apalagas, kami pun cergas bersiap-siap nak balik. Akhirnya, kami semua ride balik dalam hujan lebat yang teramat sangat. Sampai rumah dah hampir Maghrib. Sejuk bangat! terketaq-ketaq masa bawa motot..Grrrr....Grrr....

0 comments:

Catat Ulasan

ADS