Jumaat, 1 April 2011

Ride Mengiringi Penyanyi Amy Search

Tiba-tiba aku dapat SMS daripada Khairi R1 (Spider) invite ride untuk mengiring artis Amy Search yang akan buat persembahan  di sebuah sekolah (Sg. Kob, Kulim). Aku memang ada nampak banner pasal event ni, tapi tak tahu pulak Amy akan turun. So, apalagas...Pheewwiiittt!! Aku pun ajakla beberapa member yang lain untuk join ride ni. Bila lagi nak tengok live Amy Search depan batang hidung...So, malam tu..lepas Maghrib..aku gerak ke tempat RV di Petronas BKE (Sg. Seluang). Aku dapat info, hanya Faren ja yang akan mai..Masa aku sampai di situ, hanya ada 5-6 buah ja motor, termasuk sebuah ZX10-R tengah isi minyak. Aku rasa..moto aku ja yang paling kecik...aduss!! Seganlah pulak. Tapi..Aku tunggu jugak, alang-alang dah mai. Lagi pun, Faren on the way..

 Makin lama, makin meriah.

 R1 Khairi parking baik...Geram aku tengok tayar.

 Petronas ni dah jadi pameran superbike.

Spesis motor aku kian terancam, tapi masih mampu bernafas (dalam lumpur).

Selang beberapa minit, dah dekat 70 buah motor secara kasar aku agak dah ada kat sini. Siap rider dari Ipoh turun mai. Sanggup depa mai Kulim nooo.... Lebih kurang jam 10 malam, maka yang dinanti-nantikan pun tiba...

 Weh! Aku sebelah Amy weyyy....Phewwiitt!! Senyuman dengan janggut sama dak?

Snap habis-habisan...

Dah snap dalam 10 minit, kami pun on the bike. Iring Amy ke tapak karnival di Sg. Kob. Jalan kat area situ memang gelap dan tak berapa nak comel. So, aku tak berani nak iring laju-laju macam polis trafik. Orang yang dah biasa (dan tak biasa tapi berani), memang ride dah macam pelesit. Memang VVIP habis lah Amy malam tu. Semua simpang kena blok. Aku dengan Faren pun tumpang jadi VVIP jugak sebab folo belakang Alphard Amy..hehehe. Moto spesis kami ni ada la dalam 4-5 bijik.

 Parking khas telah tersedia.
Kami pun dapat special parking jugak...Hehehehe.

Sampai ja sana, disambut oleh jawatankuasa majlis. Makan bihun goreng dulu..sedap! Tengok Amy duk sorang kat depan, snap dulu..hehehe.

Faren pun nak jugak.

Kemudian, selepas makan..kami para bikers dijemput untuk mengikuti persembahan seterusnya oleh Amy. Penonton semua bersorak sakan bila nama Amy disebut. Memang legend lah! Lagu pembukaan Amy, seingat aku ialah lagu Kerja Gila..kemudian...Aku Dah Bosan, Rozana..dan lagu wajib, Isabella. Di samping itu, Amy ada jugak selitkan kata-kata nasihat buat para hadirin... 

Legend!

 Yeah yeah! Grand stand!

Peace..Rock ooo!!

"Berikan ku tanda, bilakan berakhir..."

Nak jadikan cerita, masa korus Isabella, tiba-tiba blackout. Tapi, penonton memang sporting aaa...sambung nyanyi ramai-ramai. Lepas karan ada balik, Amy nyanyi sekali lagi Isabella..I like it! Kiranya, ni persembahan last.. Lepas tu, kami iring balik riders luar sampai highway. Aku pun tak singgah mana-mana dah. Terus balik rumah..

Snap dulu sebelum balik.

Aku Dah Bosan

Isabella (Blackout)

Isabella (Layanzzz)

0 comments:

Catat Ulasan

ADS