RIDE MEE UDANG

Konvoi Makan Mee Udang Hutan Paya Laut Matang

Karnival Motorsport di AutoCity

Berdua ke Juru

Konvoi Amal Aman Palestin

Hidup Palestin!

Aku dan Amy

Ride Mengiringi Amy Search ke Konsert Amal

Kawasaki Fun Carnival 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Aku...

Jumaat, 24 Disember 2010

Konvoi Majlis Perkahwinan Apiz Niza

Konvoi Apiz Niza di Alor Star ni adalah first konvoi iring pengantin yang aku join. Dari sinilah aku mula kenal beberapa muka yang sebelum ni duk nampak dalam forum saja. Aku dari Kulim join RV di Tol Sg. Dua menghala ke utara berkumpul dengan rakan-rakan dari Selangor/KL. Kemudian, kami RV2 di RnR Gurun bertemu rakan-rakan dari Sungai Petani.

 Dari event ni aku mula kenal Prof Judane, Stanley, KD, Shah Hehe, Syed, Along, Faren, Zul, KJoe dan ramai lagi.

Sesi beramah mesra dan snap gambar...

Bila dah cukup korum, kami pun bergerak ke RV seterusnya di Tol Alor Star Utara. Di sana nanti, akan ada Ninjarian yang guide untuk ke rumah pengantin.

 Bersiap nak gerak.

Sampai ja di Tol Alor Star Utara, kami disambut oleh beberapa Ninjarian yang sedang menanti ketibaan konvoi kami. Salah sorang yang aku baru kenal di sini ialah Abang Mail atau Cikgu Mail. Kami dibawa ke sebuah kedai motot (aku tak ingat nama kedai tu) untuk cuci-cuci mata tgk superbike dan lain-lain aksesori sambil menunggu pengantin untuk diiring. Last sekali...nak tau kami makan kenduri jam berapa? Hmmmm...seingat aku lebih kurang jam 3 petang! Dengan panas..dengan lapaq..dahaga..semua ada. Tapi terubat jugak sebab dapat jumpa ramai kawan baru. Lebih kurang 35 buah motor yang join ride ni..

Parking di tempat kenduri dengan penuh kesopanan.

 Bro Zamri bersama isteri dan Zul Tokeyubat menuju ke khemah kenduri.

Ozon Bikers turut memeriahkan suasana. Dari KL depa mai.

Selamat pengantin baru buat Apiz dan Niza. Semoga berbahagia.

ADS