RIDE MEE UDANG

Konvoi Makan Mee Udang Hutan Paya Laut Matang

Karnival Motorsport di AutoCity

Berdua ke Juru

Konvoi Amal Aman Palestin

Hidup Palestin!

Aku dan Amy

Ride Mengiringi Amy Search ke Konsert Amal

Kawasaki Fun Carnival 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Aku...

Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2011

Konvoi Iring VIP ke Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2011

Jam 3.30 petang di Mega Fortune Prai, RV untuk program bersama DPMM Pulau Pinang, konvoi iring Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang di Dewan Millenium Kepala Batas. Lebih kurang dalam jam 3.15, aku dah sampai kat depan MF. Sebiji superbike pun takdak. MF pulak tutup. Takkan salah tempat kut. Aku pun confirm balik dengan Zul & Chip. Selang beberapa minit..beberapa bikers pun sampai termasuk dari Taiping. Disusuli Zul dan Chip (lambat sebab isi petrol). Aku ingatkan Chip ni tukar EO..dia last sampai kat RV.

Taklimat dari Marshal.

Chip baru sampai.

Konvoi ni just dipimpin oleh Marshal saja. Destinasi pertama adalah ke Matrikulasi Pulau Pinang, Pongsu Seribu, Kepala Batas kerana VIP ada program di sana. Pendaftaran dan penyerahan ‘jersi’ akan dilakukan di sana.

Sejuk motor...

Rehat sambil tunggu VIP habis program.

My Little Monster.

Sesi agih 'jersi'.

Kemudian, kami mengiringi VIP (VIP pun ride moto) ke Dewan Millenium untuk program seterusnya. Sampai sana, kami pekena bihun goreng dengan teh O panas kaw-kaw punya. Aku sempat ronda jap kat booth pameran, beli jeruk buah pala dan cermai. Menariklah jugak.

Ramainya.

Pilih yang mana nak.

Dah jadi motorshow.

BMW SRrrrrr...ribuu..Helmet legend!

Datuk dan Upin Ipin beramas mesra dengan para hadirin.

Akhirnya, dapat jugak shake hand dengan Ipin.

Jam 6.30 petang, aku dan Zul bertolak balik. Bikers yang lain iring VIP ke pulau..katanya Datuk nak pi restoran nelayan. Kat KL mana nak cari nelayan…hehehe.

Kami..Ninjarian di sisi BMW SRrrrrrrrrrrrrr..

Jumaat, 24 Disember 2010

Konvoi Majlis Perkahwinan Apiz Niza

Konvoi Apiz Niza di Alor Star ni adalah first konvoi iring pengantin yang aku join. Dari sinilah aku mula kenal beberapa muka yang sebelum ni duk nampak dalam forum saja. Aku dari Kulim join RV di Tol Sg. Dua menghala ke utara berkumpul dengan rakan-rakan dari Selangor/KL. Kemudian, kami RV2 di RnR Gurun bertemu rakan-rakan dari Sungai Petani.

 Dari event ni aku mula kenal Prof Judane, Stanley, KD, Shah Hehe, Syed, Along, Faren, Zul, KJoe dan ramai lagi.

Sesi beramah mesra dan snap gambar...

Bila dah cukup korum, kami pun bergerak ke RV seterusnya di Tol Alor Star Utara. Di sana nanti, akan ada Ninjarian yang guide untuk ke rumah pengantin.

 Bersiap nak gerak.

Sampai ja di Tol Alor Star Utara, kami disambut oleh beberapa Ninjarian yang sedang menanti ketibaan konvoi kami. Salah sorang yang aku baru kenal di sini ialah Abang Mail atau Cikgu Mail. Kami dibawa ke sebuah kedai motot (aku tak ingat nama kedai tu) untuk cuci-cuci mata tgk superbike dan lain-lain aksesori sambil menunggu pengantin untuk diiring. Last sekali...nak tau kami makan kenduri jam berapa? Hmmmm...seingat aku lebih kurang jam 3 petang! Dengan panas..dengan lapaq..dahaga..semua ada. Tapi terubat jugak sebab dapat jumpa ramai kawan baru. Lebih kurang 35 buah motor yang join ride ni..

Parking di tempat kenduri dengan penuh kesopanan.

 Bro Zamri bersama isteri dan Zul Tokeyubat menuju ke khemah kenduri.

Ozon Bikers turut memeriahkan suasana. Dari KL depa mai.

Selamat pengantin baru buat Apiz dan Niza. Semoga berbahagia.

ADS