Ahad, 24 April 2011

Kawasaki Fun Carnival 2011

Event ni adalah event paling best aku join setakat ni. Matlamat aku cuma nak join main bola je...hehehe. Hanya aku dan Stanley (dari SP) bertolak dengan motor dari utara. Cita-cita kami nak setup sebuah team bola tak tercapai. Tapi semangat nak main bola punya pasal..aku dan Stanley redah....

Kami bertolak pagi, RV di Bukit Merah. Kemudian gerak terus ke Shah Alam..dah call Ayed untuk bermalam di rumah dia. Kebetulan wife dia takdak, terbang nun ke Indonesia atas urusan rasmi. Alhamdulillah, save cost!Ahaks! Ni, kali pertama aku jumpa Ayed dan dapat berkenalan lebih rapat. Ayed orang Kedah....

 Tunggu Ayed di Masjid Shah Alam.

3 Blue Ninjas. Tak sangka pulak!

Dalam jam 5.30 petang, Ayed jemput kami di Masjid Shah Alam. Then, terus ke kedai makan...kemudian ke rumah dia di seksyen...er..er..entah, tapi dekat dengan CIAST. Perumahan sekali dengan parent Ziana Zain..Hehehe. Malam tu, kami kuar minum kat luar sambil berkenalan dengan beberapa rakan Ninja...team Royal Knight. Nak jadi citer, aku dan Stanley dapat berita yang kami tak dapat nak main dengan team Pantai Timur seperti yang dirancang sebab....So, harapan kami...dapatlah join mana-mana team bola yang tak cukup player. Memang gamble habis! Royal Knight je la harapan kami. Kalau tak...sia-sia turun dari Utara.

Keesokan harinya, kami bertolak ke tapak karnival berdekatan Stadium Shah Alam. Ayed semalaman sibuk duk make up moto nak masuk pertandingan moto cantik...tapi, last-last....

 Suasana di booth pameran dan jualan.

Penerangan free...harga murah.

Cam kenal ja.

 Idamanku.

Pujaanku.

Z1000SX untuk 18 tahun ke atas.

Pertandingan motor cantik.

Mantop!

Geremmmm!!

Aku dan Stanley sarapan roti John (tapi roti tu kami beli, bukan mintak kat John). Punyalah kenyang....sambil tunggu peluang sama ada boleh main atau tak. Kalau tak boleh main, kami plan nak balik dalam tengahari. Harapan bergantung kepada Royal Knight. Alhamdulillah, Ayed bagi green light setelah beberapa player mereka tak datang. So, tukar pakai jersi...nak cari no. 4..yang dapat no. 10. Bedal je lah!

Suasana di kaunter team bola sepak.

Pertandingan bola sepak 9 sebelah ni memang penat sikit...tapi best! Rasa macam tak puas main pun ada. Dari pagi sampai ke petang...dari panas sampai hujan...kami main. Tapi, Royal Knight tetap menten...

Pemain veteran (kiri) dan penjaga gol terbaik (kanan).

 Ronaldinho?

Cubaan.

Apa yang tak bestnya masa event ni adalah sewaktu lucky draw. Tiba-tiba saja aku dengar nama aku disebut menang cabutan bertuah. Aku plak tengah beraksi kat tengah padang...abih tu camner...adulaa!! Dahla aku susah nak menang cabutan bertuah..isk..isk..cobaan. Redha je la. Bukan rezeki aku. Tapi rezeki aku...jeng jeng jeng..

We are the champion.

Alhamdulillah, kami jadi juara. Puas hati jugaklah. Lepas majlis penyampaian hadiah, aku dan rakan-rakan Royal Knight singgah makan siap-siap kat sebuah restoran. Then, aku bermalam di rumah Ayed untuk 1 malam lagi memandangkan hari dah petang, cuaca pulak suram dan hujan renyai. Stanley balik lebih awal dengan rakan dari Taiping dalam hujan lebat.

 Moto cantik kategori KLX.

Jumpa lagi tahun hadapan, insyaAllah.

0 comments:

Catat Ulasan

ADS