RIDE MEE UDANG

Konvoi Makan Mee Udang Hutan Paya Laut Matang

Karnival Motorsport di AutoCity

Berdua ke Juru

Konvoi Amal Aman Palestin

Hidup Palestin!

Aku dan Amy

Ride Mengiringi Amy Search ke Konsert Amal

Kawasaki Fun Carnival 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Aku...

Ahad, 16 Oktober 2011

Kali Pertama Jejak Kaki di AutoCity, Juru

Dapat SMS sehari sebelum, daripada Anasyid berkenaan event Motorsport di Autocity, Juru. Kebetulan aku tak dak apa-apa program hari Ahad tu dan satu lagi, dah lama enjin Little Monster aku tak panas. Hmm..so, dengan ringan jari-jemari aku membalas kata setuju.


Aku set RV di Petronas BKE dalam pukul 9.30 pagi. Hanya aku dengan Anasyid saja pagi tu. Zul pulak ada di Sungai Petani, tak dapat nak join. So, aku dengan Anasyid gerak terus ke Juru. First time aku ke Autocity ni walaupun dah 7 tahun aku stay di Kulim. Tak jauh mana pun. 

Kami sampai agak awal, tak banyak booth yang bukak. Jadi, kami pi sarapan dulu di sebuah restoran nasi kandar..tempat TTS tetap di Juru (aku tak penah join pun kat situ). Aku just minum ja..dah kenyang sarapan di rumah. Anasyid pekena maggi goreng.

Lepas sarapan, dalam pukul 11 lebih, kami bertolak ke tapak program. Banyak booth melibatkan kereta. Booth untuk motor tak banyak..ada 2 saja tak salah aku. Takpalah, jamu mata tengok kereta mahal-mahal.


Sampai saja kat booth utama, kami pun cari tempat parking. Belum sempat nak parking, ada la organizer sorang ni datang kat kami tanya pasal bikers lain yang belum sampai. Kami jawab yang kami ni datang sendiri, bukan dari grup bikers yang join event. Tapi, dia minta kami park kat depan booth dia, special parking la tu. Tapi aku dengan Anasyid rasa seganlah pulak. Moto bukan besau mana pun, tak cantik pulak tu. Kami pun menolak dengan baik. Belum sempat nak park moto, datang pulak sorang lagi organizer mintak kami park kat tempat yang disebutkan tadi. Dia kata bagi nampak meriah sikit. Aku pun malas nak beri alasan banyak-banyak, terima sajalah pelawaan. Well...hehehe. Jadi bahan pameranlah pulak...

Kat sini aku selitkan sikit bingkisan dari event tersebut. Tak banyak yang aku snap sebab..er...er.. bateri kamera aku habis... hehehe. Maklumlah, adhoc program..

 Nissan

 BMW, Porche....

Meriahnya Myvi tu..
 Harga RM1,480,000.00. Murah jugak ni sebab banyak angka 0.

 Oo..logo seladang. Ada tak yang guna logo ayam? Barulah kereta cap ayam.

Anasyid di sisi kereta yang BAKAL dibelinya selepas pencen umur 60 tahun nanti.

Aku dengan Anasyid banyak collect goodies ja kat sini..dan tak lupa jugak benda & ilmu baru kat sini misalnya bab cat kenderaan, minyak enjin dan sebagainya. Aku hampir beli AMS Oil untuk moto aku, tapi bukan rezeki peniaga kat situ sebab aku tak bawa banyak cash. Anasyid sempat jugak beli sehelai T-Shirt.

Dalam pada tu, aku layan game di booth ..nak kata booth Ducati..tak macam Ducati..booth apa entah. Lepas main game, dapat keychain moto (cantiklah jugak) dan berpeluang untuk lucky draw. Tapi aku tak boleh nak tunggu, perlu balik awal.

Booth yang ada moto ni lah yang aku main game.

Sebelum balik, aku dengan Anasyid tonton orang main drift car. Memang hebatlah! Ni pun kali pertama aku tengok drift secara live. Menarik jugak.

ADS