RIDE MEE UDANG

Konvoi Makan Mee Udang Hutan Paya Laut Matang

Karnival Motorsport di AutoCity

Berdua ke Juru

Konvoi Amal Aman Palestin

Hidup Palestin!

Aku dan Amy

Ride Mengiringi Amy Search ke Konsert Amal

Kawasaki Fun Carnival 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Aku...

Sabtu, 15 Januari 2011

Charity Ride ke Bangi

Ride ni adalah my first ride aku yang melebihi jarak 300km sehala. Aku gerak dari rumah lebih kurang dalam jam 7.30 pagi. Siap basuh moto lagi sebelum bertolak. Nak tengok...moto aku (termasuk rider) mampu ke tak mampu. Aku ride sorang-sorang ja ni.

Bertukar menjadi Ninja, siap nak gerak.

RV di Tol Bangi dalam jam 12.00 tengahari. Aku bajet 4 jam sampai sana dengan ride santai. Seingat aku, 10.30 pagi aku dah masuk KL. Dari Tol Jalan Duta, aku ride santai ja sebab aku tak plan nak sampai awal daripada tu. Lagi pun, 12.30 tengahari baru tayar golek ke lokasi kejadian. Then, aku pun tak expect akan kenal sapa-sapa kat RV Tol Bangi nanti. Tapi, yang pasti aku dapat jumpa beberapa forumers. Alangkah terkujatnya aku..sampai sana, aku ingat 20-30 buah motor ja..tetapi..lihat gambar kat bawah ni..

Ferrari ada, BMW ada, Aston Martin (keta Jesbon) ada dan sebagainya.

 Meriah, dah macam Autoshow ja kat Tol Bangi ni.

Jumpa jugak forumers kat sini dan team Ozon.

 On the bike!

Hilang dalam terang (Search)...Hilang dalam ramai (Exists)...

Lebih kurang jam 12.45 tengahari, kami mula bergerak ke lokasi kejadian di seksyen berapa aku pun dah lupa. Sampai sana, kami disambut oleh beberapa bikers yang telah berkumpul dari pagi bagi menguruskan hal-hal persiapan di sana. Bikers dari Singapore pun turun untuk jayakan bersama event ni.

Nusantara.

 Pameran autoshow percuma.

Gegak gempita kawasan perumahan ni.

 Tunggu VIP sambil beramah mesra.

Lega kena ayaq...Boleh sambung menyembang.

 VIP dah sampai.

Dah sampai, VIP pun duduk sebelum berucap.

"Tak sangka bikers ni berhati mulia". Bikers != Mat Rempit.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak majlis yang dianjurkan ini dapat meringankan beban ex-bikers En. Rusman untuk menguruskan rawatan penyakit yang dihidapi isteri dan anak beliau. Hampir RM15,000 berjaya dikutip melalui program amal ini. InsyaAllah, setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.

 Daftar kumpulan bikers yang hadir.

Banner.

Sumbangan yang diserahkan kepada En. Rusman.

Selepas selesai program dalam jam 2.00 petang, aku pun gerak dengan rakan-rakan forumers/Ozon yang lain. Ingat nak balik terus, tapi join makan tengahari dulu dengan diorang di Uniten. Lepas makan, aku terus balik sebab awal lagi dan cuaca pun elok. Jam 7.00 petang, aku dah sampai depan pintu gate rumah.

ADS