RIDE MEE UDANG

Konvoi Makan Mee Udang Hutan Paya Laut Matang

Karnival Motorsport di AutoCity

Berdua ke Juru

Konvoi Amal Aman Palestin

Hidup Palestin!

Aku dan Amy

Ride Mengiringi Amy Search ke Konsert Amal

Kawasaki Fun Carnival 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Aku...

Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

TTS Makan Malam di Stadium Darul Aman

Selepas solat Maghrib, aku gerak ke Alor Star untuk TTS dengan beberapa Ninjarian dari Utara ni..Penang, Sungai Petani dan Jitra. Ramai juga yang sanggup turun malam ni..kes Abang Mail nak open table..menu SATE!

Aku kebetulan balik Perlis..moto Ninja plak masuk workshop. So, aku drive ke sana. Menggagau jugak aku cari kedai makan tu. Stadium dah sampai...tapi, stadium bukannya kicik..mau bertawaf aku. Dapat call Abang Mail..alhamdulillah, sampai jugak aku.

Semua bersandar lepas kenyang. Chip open topik spare part.

Jackal, Si Kacak, Mad@m dan Abang Mail (tuan rumah).

Panas enjin..dah nak balik.

Sempat belek ekzos.

 On the bike!

 
Snap ramai-ramai. Macam-macam pose.

Time ni jugak, kami ambil kesempatan untuk bermaafan dan ucap selamat berpuasa. Jutaan terima kasih untuk Abang Mail @ Cikgu Mail yang sudi open table. Semoga terus dimurahkan rezeki..insyaAllah. Aku sampai rumah dalam jam 1.00 pagi jugak lah. Selepas solat Isyak, Zzzzzz...

Sabtu, 4 Jun 2011

Kenduri Si Kacak

Dapat jemputan kenduri daripada Si Kacak a.k.a Anuar di Jitra, terus saja aku kata OK sebab boleh balik Perlis sekali..hehehe. Aku dan Zul Tokeyubat yang paling jauh hadir kenduri Anuar ni..rakan baru Ninja.

Aku dan Zul RV di Gurun dan akan ke Jitra untuk RV seterusnya. Petang tu dalam jam 3.00, hujan turun agak lebat. So, lepas hujan semakin reda..kami pun bertolak ke Jitra. Hafiz Langkawi akan tunggu kami di sana.

Sampai saja kat sana, hujan lebat pulak menyambut kami. Aku, Zul dan Hafiz terpaksa lepak dulu kat bawah jejantas sehingga cuaca kembali pulih. Kami dimaklumkan Mad Am akan hadir ke kenduri tu jugak. Sebelum hadir ke majlis tersebut yang dijangka bermula selepas Maghrib, kami minum dulu di Tasik Bandar Darul Aman ditemani rakan-rakan Blade dan FZ. 

Bersama rakan Blade dan FZ di Tasik Bandar Darul Aman
Tunggu punya tunggu, maka dah nak masuk Maghrib..kami pun bergerak ke rumah kenduri. Sampai saja kat sana,hidangan untuk majlis tersebut telah pun tersedia. Dah ada beberapa tetamu yang hadir. Mungkin orang tempatan kut.

Sebelum azan Maghrib berkumandang dan tetamu bertambah ramai, baik kami  makan dulu dengan izin tuan rumah. Lepas pekena nasi, pekena kueteow goreng pulak. Memang best lah!

Grup Ninja250rMalaysia yang hadir





Orang Perlis rupanya...
Saling berkenal-kenalan dan berkongsi citer
Tunggu pengantin Si Kacak


Untuk solat Maghrib, kami beramai-ramai menuju ke surau berdekatan untuk menunaikannya. Selepas selesai solat, kami lepak dulu di khemah kenduri sambil menunggu ketibaan pengantin dengan penuh kesabaran..hehehe. Aku dengan Zul tak boleh nak tunggu lama-lama, jauh nak balik.

Tunggu punya tunggu, pengantin pun tiba. Sekali aku dengan rakan Ninja yang lain terkejut sebab... Si Kacak ni tak sekecil seperti dalam avatar. Cess!! Mulai hari tu, kami dah tau siapa Si Kacak...Apa-apa pun, selamat pengantin baru untuk mereka berdua. Sori, gambor pengantin takdak..bukan tak snap tapi kualiti gambor kurang memuaskan. Si Kacak pun tak publish gambar kawin kat forum..hehehe.

Parking dengan penuh disiplin
Dari sudut lain
Dah nak balik

FZ convert (pandangan sisi)
FZ convert (pandangan hadapan)
Thanks to Hafiz, Mad Am dan Abam Amizan (tak ingat nama, sowi) dari grup Ninja yang sudi menyambut kami. Begitu juga kepada rakan Blade dan FZ. Nice to meet u all guys! Be a good bikez!

Sabtu, 30 April 2011

Singgah di Karnival Ride it Right

On the way nak setelkan urusan di pejabat Maxis, aku singgah jap di Karnival Ride it Right di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star. Nak tengok kut-kut ada yang menarik. Aku tengok just ada booth pameran, moto cantik, servis moto percuma dan lain-lain. Ada program yang dah dijalankan pada waktu pagi. Anak-anak aku sempat posing atas pocket bike..Ahaks!

Meh beli MV Agusta.

Seksinya!

Ducati ni pakai EO Penzzoil.
Mantop!

Aku just bawa balik 1 botol EO untuk kapcai aku dan 2 botol EO Penzzoil untuk Ninja aku. Special price for this event. Nak try fully syn Penzzoil sedap ke tak sedap (bukan nak minum). Dapat free bandana, kipas tangan dan key-chain daripada Penzzoil. Thanks!

Jumaat, 24 Disember 2010

Konvoi Majlis Perkahwinan Apiz Niza

Konvoi Apiz Niza di Alor Star ni adalah first konvoi iring pengantin yang aku join. Dari sinilah aku mula kenal beberapa muka yang sebelum ni duk nampak dalam forum saja. Aku dari Kulim join RV di Tol Sg. Dua menghala ke utara berkumpul dengan rakan-rakan dari Selangor/KL. Kemudian, kami RV2 di RnR Gurun bertemu rakan-rakan dari Sungai Petani.

 Dari event ni aku mula kenal Prof Judane, Stanley, KD, Shah Hehe, Syed, Along, Faren, Zul, KJoe dan ramai lagi.

Sesi beramah mesra dan snap gambar...

Bila dah cukup korum, kami pun bergerak ke RV seterusnya di Tol Alor Star Utara. Di sana nanti, akan ada Ninjarian yang guide untuk ke rumah pengantin.

 Bersiap nak gerak.

Sampai ja di Tol Alor Star Utara, kami disambut oleh beberapa Ninjarian yang sedang menanti ketibaan konvoi kami. Salah sorang yang aku baru kenal di sini ialah Abang Mail atau Cikgu Mail. Kami dibawa ke sebuah kedai motot (aku tak ingat nama kedai tu) untuk cuci-cuci mata tgk superbike dan lain-lain aksesori sambil menunggu pengantin untuk diiring. Last sekali...nak tau kami makan kenduri jam berapa? Hmmmm...seingat aku lebih kurang jam 3 petang! Dengan panas..dengan lapaq..dahaga..semua ada. Tapi terubat jugak sebab dapat jumpa ramai kawan baru. Lebih kurang 35 buah motor yang join ride ni..

Parking di tempat kenduri dengan penuh kesopanan.

 Bro Zamri bersama isteri dan Zul Tokeyubat menuju ke khemah kenduri.

Ozon Bikers turut memeriahkan suasana. Dari KL depa mai.

Selamat pengantin baru buat Apiz dan Niza. Semoga berbahagia.

ADS