RIDE MEE UDANG

Konvoi Makan Mee Udang Hutan Paya Laut Matang

Ahad, 16 Oktober 2011

Kali Pertama Jejak Kaki di AutoCity, Juru

Dapat SMS sehari sebelum, daripada Anasyid berkenaan event Motorsport di Autocity, Juru. Kebetulan aku tak dak apa-apa program hari Ahad tu dan satu lagi, dah lama enjin Little Monster aku tak panas. Hmm..so, dengan ringan jari-jemari aku membalas kata setuju. Aku set RV di Petronas BKE dalam pukul 9.30 pagi. Hanya aku dengan Anasyid saja pagi tu. Zul pulak ada di Sungai Petani, tak dapat nak join. So, aku dengan Anasyid gerak terus ke Juru. First time aku ke Autocity ni walaupun dah 7 tahun aku stay di Kulim. Tak jauh mana pun.  Kami sampai agak awal, tak banyak booth yang bukak. Jadi, kami pi sarapan dulu di sebuah restoran nasi kandar..tempat...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kelajuan 120km/j!

Satu hari tu aku nak cuci air filter. So, aku buat sendiri ikut prosedur. Selepas belek-belek air filter yang tak kotor tu, aku pun masukkan semula. Keesokannya, aku ride ke mana entah, aku tak ingat..pulas throttle macam biasa..sekali full throttle hanya dapat 120km/j saja! Aku dah mula pelik, bukan buat apa-apa pun. Just buka air filter dan masukkan semula. Aku dah mula fikir pasal EO Penzzoil yang aku pakai, Oil treatment yang aku duk tuang dalam tangki, ring tudung botol yang termasuk dalam tangki (hehehe..), ekzos custom buat hal pulak ka....bla..bla..bla.. Setelah buat kajian dan rujuk rakan-rakan di forum..aku pun hantar ke bengkel untuk...

Jumaat, 29 Julai 2011

TTS Makan Malam di Stadium Darul Aman

Selepas solat Maghrib, aku gerak ke Alor Star untuk TTS dengan beberapa Ninjarian dari Utara ni..Penang, Sungai Petani dan Jitra. Ramai juga yang sanggup turun malam ni..kes Abang Mail nak open table..menu SATE! Aku kebetulan balik Perlis..moto Ninja plak masuk workshop. So, aku drive ke sana. Menggagau jugak aku cari kedai makan tu. Stadium dah sampai...tapi, stadium bukannya kicik..mau bertawaf aku. Dapat call Abang Mail..alhamdulillah, sampai jugak aku. Semua bersandar lepas kenyang. Chip open topik spare part. Jackal, Si Kacak, Mad@m dan Abang Mail (tuan rumah). Panas enjin..dah nak balik. Sempat belek ekzos.   On the bike!  Snap...

Jumaat, 22 Julai 2011

Konvoi Iring VIP ke Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2011

Jam 3.30 petang di Mega Fortune Prai, RV untuk program bersama DPMM Pulau Pinang, konvoi iring Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang di Dewan Millenium Kepala Batas. Lebih kurang dalam jam 3.15, aku dah sampai kat depan MF. Sebiji superbike pun takdak. MF pulak tutup. Takkan salah tempat kut. Aku pun confirm balik dengan Zul & Chip. Selang beberapa minit..beberapa bikers pun sampai termasuk dari Taiping. Disusuli Zul dan Chip (lambat sebab isi petrol). Aku ingatkan Chip ni tukar EO..dia last sampai kat RV. Taklimat dari Marshal. Chip baru sampai. Konvoi ni just dipimpin oleh Marshal saja. Destinasi pertama...

Ahad, 10 Julai 2011

Tukar Mentol Lampu Hadapan (Low Beam)

Perkara baru yang aku belajar dan dapat jimat kos penyenggaraan iaitu tukar mentol lampu motor aku yang terbakor. Sumber 'inspirasi' aku untuk DIY ni adalah melalui forum Ninja dan juga video Youtube..Hehehe. Nampak cam senang ja..Hanya menggunakan tangan sahaja tanpa skru dan spanar. Rujukan  Getah pada lampu. Mentol terbakar. Mentol yang terbakar - Philips, Germany. Mentol baru beli kat kedai alat ganti kereta. Eh! Takdak la pulak Germany..Sebab Made in Korea kut. Mentol baru. Ops! Jangan pegang kaca. Masukkan mentol yang baru pada soket. Sori, aku tak rakam macam mana aku seluk tangan aku dalam fairing bawah panel meter. Seluk aje...rasa...

Sabtu, 25 Jun 2011

Sekitar Pinang Bike Week 2011

Aku, Azizi dan ZulTokeyubat..kami gerak dari Petronas Seberang Jaya (Sebelah Esso) lebih kurang jam 5.30. Rancangan petang ni adalah TTS + jumpa En. Mad di sebuah kedai nasi kandar yang datang bawa konvoi ke Penang Bike Week 2011. Sampai kat kedai tu, En. Mad dengan Prof Din dah menunggu. Borak lebih kurang dalam setengah jam, kami pun bergerak terus ke Penang Bike Week di tapak pesta Sungai Nibong. Ini adalah kali pertama aku hadir ke event ni. Jom tengok apa yang ada….  Pelbagai variasi.  Dapat yang putih ni pun jadi dah...  Lawan snap gambar.  Choop!! Aku dapat info, lebih kurang 400 buah motor join charity ride pada sebelah...

Pages 51234 »

ADS