Ahad, 3 April 2011

Konvoi Pandu Cermat Jiwa Selamat

Konvoi ni adalah anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) yang diadakan khusus kepada para penunggang motosikal (kategori belia, bapa belia tak boleh!) untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai-nilai yang baik sebagai penunggang berhemah di samping promosi MBNPP kepada masyarakat umum. Kami yang bawa superbike (bike aku kicik ja), ditugaskan untuk mengiring dan membantu polis trafik dan marshal sepanjang perjalanan program ni.

Berkumpul di KOMTAR. Daftar, ambil T-shirt, duit petrol, sticker, vest keselamatan dan Redbull

 Meriah kat market.

Lokasi pertama adalah pasar basah Air Itam (kalau tak salah). Semua belia yang join edar risalah kepada orang awam di sekitar pasar. Hujan renyai-renyai ala-ala gerimis waktu pagi ni. Actually, sebelum sampai sini, kami isi full tank dulu kat Petronas. Aku dah isi siap-siap semalam.

Rakan Ninja.

Pose 'tumpang' daripada Tokeyobat dengan Helmi

Bila laaa....????

Selepas selesai di market, kami mula gerak Stesen Bas Sungai Nibong. Kemudian, menuju ke arah Jambatan Pulau Pinang. Part ni paling best dan penuh kenikmatan. Sebab apa? Kami conquer Penang bridge tanpa ada kenderaan lain selain konvoi kami. Bila lagi nak rasa macam VIP..ada escort Polis Trafik..Hehehe. Program seterusnya adalah di PBSB, program dengar taklmat dan makan.
 Program seterusnya di Pejabat PBSB.

 Taklimat yang menghiburkan daripada JPJ.

 Memberi tumpuan dalam kepenatan dan kehangatan.

Sesi soal jawab.

 Bersiap nak gerak ke Sg. Dua.

Dapat goodies lagi.

Selepas taklimat dan makan tengahari, kami bergerak ke Sg. Dua untuk solat Zohor berjamaah di masjid, tazkirah, program gotong-royong dan penyampaian sumbangan untuk ibu-ibu tunggal. Aku, Tokeyubat dan sorang rider dari Nibong Tebal tak join sampai habis program tersebut. Kami balik awal (30 minit rasanya sebelum tamat program) sebab ada urusan.

0 comments:

Catat Ulasan

ADS