Selasa, 1 Mac 2011

TTS Sarapan di Restoran Mutiara Junjung, Kulim

Pada 27 Feb baru-baru ni, aku dengan beberapa Ninjarian area Penang telah mengadakan TTS sarapan pagi (program tak rasmi) di Restoran Mutiara Junjung, Kulim. Ni adalah TTS kedua yang aku hadir. Sebelum ni attend, juga di Kulim (Restoran Nuha).

Untuk TTS sarapan pagi ni, dapat juga kami berkumpul (ada dalam 7 orang termasuk aku). Dapat jugak aku berkenalan dengan Ninjarian baru iaitu abang Khairizal MA, Chip dan broHelmi (cikgu).Thanks to join TTS ni. Atiq baru balik keja syif tu....Cayalah Atiq!

Aku sarap dengan nasi putih + sup daging ja. Yang lain kebanyakan makan roti canai. Zul plak try roti bakar + telur separuh masak kasi pecah taruh atas..hehehe.



Actually, takdak plan pun selepas sarapan nak pegi mana-mana. Tapi, memandangkan orang jauh dah turun.. kami lajak ke Sg. Sedim. 6 tahun aku duk Kulim, tak penah pun aku jejak tempat rekreasi ni. So, ambil peluanglah join.

Sampai Sedim bukan 'terjun' pun. Just lepak ja sambil belajar tentang jentera Ninja, racun-meracun dan plan untuk Ride seterusnya.

Menarik pulak Sedim ni. Aku ingatkan sungai bodo jer... tapi view...boleh tahan!





Dalam sejam setengah kami di Sedim...snap gambar beberapa keping, siap nak balik. Abg Khairizal dengan broHelmi terus balik rumah, ada urusan. Kami yang lain singgah kedai motot dulu. Faren nak cari 'barang' sikit. Asalnya barang kicik ja. Sekali dia hangkat helmet baru daaa....

Lepas sesi meracunkan diri sendiri di kedai motot (aku tak beli apa pun..hehehe), singgah kejap di Mini Stadium Keladi, dahaga sangat...Lepas tu, semua bertolak balik rumah.




0 comments:

Catat Ulasan

ADS