Sabtu, 19 Mac 2011

Konvoi Volcano Bersama Shell V-Power

Aku dapat SMS dari Chip pasal satu konvoi anjuran Shell Jalan Baru (Prai). Kebetulan, hari tu aku takdak plan ke mana-mana dan dengar kata ride ni dapat a few goodies dan duit minyak daripada Shell. Pagi hari berkenaan, kami RV di Petronas Seberang Jaya. Cuma ada beberapa buah motor ja..lebih kurang 10 buah rasanya. Di sini, aku dapat kenal dengan Abang Atan..Naik Yamaha YZF1000 warna putih. Orangnya kecik ja..tapi mototnya besar. Actually, aku tak tau apa agenda konvoi ni. Just follow marshal saja. Selepas berkumpul dalam 30 minit, kami pun mula gerak ke Shell Jalan Baru.

Meriahnya deko majlis.

Sampai saja di Shell, terkejut aku. Tak sangka sebegitu meriah pulak sambutannya. Aku ingatkan event simple ja..just nak buat opening ceremony Shell yang baru bukak ni.

 Ketibaan bikers diberi sambutan yang sungguh istimewa.

Taklmat diberikan sebelum konvoi bermula.

Kami dimaklumkan bahawa konvoi akan berhenti di beberapa checkpoint (cawangan Shell) di sekitar Butterworth, Prai dan Bukit Mertajam. Konvoi ni jugak melibatkan beberapa buah kereta dan akan diiringi oleh Polis Trafik dan marshal. Di setiap checkpoint, orang Shell akan edarkan risalah (buat promosilah tu..) kepada orang awam yang datang ke stesen minyak berkenaan.

Salah satu checkpoint.

Variasi superbike dan bikers.

Seronok tengok kereta, tak seronok tengok cukai jalan.

Perjalanan lancar dengan bantuan Polis Trafik dan Marshal.

Berhenti di checkpoint Jusco.

Masa ni lah sempat nak berkenal-kenalan. Rupanya ada jugak yang dari Kulim.

 Sibuk promosi.

 Hangat dan panas.

 Bilalah nak dapat hadiah dari Shell...

Checkpoint akhir.

Selepas habis semua checkpoint, kami balik semula ke Shell Jalan Baru untuk agenda seterusnya iaitu beberapa aktiviti untuk orang awam, penyampaian hadiah kepada pemenang bertuah Shell (RM30,000.00), makan-makan free dan penyampaian goodies kepada peserta konvoi termasuk baucer Shell RON97 bernilai RM20.00 (hampir full tank moto aku). Balik dari konvoi ni, actually nak pegi kenduri Ninjarian di Sg. Petani..kenduri Ayed kalau tak salah. Tapi tak jadi pegi sebab hujan...dan yang lain-lain semua ada urusan masing-masing.

Cari menu lain pulak. Nampak ais krim menarik ja.

Hilang lapar dan dahaga.

0 comments:

Catat Ulasan

ADS